hILmI
hILmI
satu perkongsian ditujukan khas kepada diri sendiri dan sesiapa yang singgah.

solat subuh, senang untuk berteori, susah untuk lakukan. Cuaca sejuk. Sangat susah untuk bangun menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Penting solat subuh berjemaah?

Dari Utsman bin Affan r.a. berkata: Saya mendengar Rasululllah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang solat isyak dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat setengah malam, dan barangsiapa yang solat subuh dengan berjemaah maka seakan-akan ia mengerjakan solat sepanjang malam" [HR Muslim]

haa.amacam?


banyak gak keburukan kalau tinggalkan solat subuh. Antaranya,

Allah jadikan orang tu malas sepanjang hari,

حديث أبي هريرة(رضي الله عنه)أن رسول الله (صلي الله عليه وسلم)قال*((يعقد الشيطان علي قافية رأس أحدكم اذا هو نام ثلاث عقد؛يضرب علي كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فأن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة؛فأن توضا انحلت عقدة؛فأن صلي انحلت عقدة؛فأصبح نشيطا طيب النفس؛والاأصبح خبيث النفس كسلان ))متفق علـــيــه

Daripada Abu Hurairah bahawasanya rasul s.a.w bersabda:
“Syaitan akan mengikat di kepala kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan dan dikatakan pada setiap ikatan Malam yang panjang, tidurlah.

Apabila seorang itu bangun tidur lalu mengingati Allah maka terlerai satu ikatan, apabila dia berwuduk terbuka ikatan kedua, dan apabila dia mengerjakan solat terbuka ikatan ketiga lalu dia berpagi dengan cergas dengan jiwa yang baik.

Sekiranya dia tidak melakukan perkara ini,jiwanya buruk dan malas
(Hadith Muttafaqun Alayhi)



mari jaga solat subuh secara berjemaah dan solat fardu yang lain wahai hilmi =)
hILmI
0825] Keberangkatan pulang. Kelihatan atan menahan air mata. sabar atan. i fell u man. haha . Bagi Nazrin, mungkin Turki adalah rumah kedua beliau selepas Malaysia. Bagi ku, setiap pertemuan ada perpisahan (haha. nk paling cool je.) Insyallah akan menjejakkan kaki kembali ke bumi ini. Bila dan Mengapa, nantikanlah.=)





Meninggalkan Capa menuju ke Havalimani Ataturk Istanbul Airport. Setelah masalah demi masalah di Airport. Akhirnya Crew Kumpir meninggalkan Istanbul dalam cuaca yg kurang baik. Kapal terbang yg terumbang ambing.





[1500] Tiba di Mesir.

[1800] Tiba kembali di pintu rumah =)

Perjalanan 10 hari yg memang penuh suka duka, pengalaman, belajar perkara baru, mengingati sejarah, melihat budaya, merehatkan minda, mengajar erti persahabatan, berdikari dan pelbagai lagi. Satu perjalanan yg sungguh berharga. Setiap detik penuh makna. Moga kekal di ingatan menjadi satu lembaran kebahagian dalam meniti kehidupan di dunia yang sementara ini. Terima kasih pada saudara2 ku di Turki, sahabat2 ku di mesir dan ribuan terima kasih buat JPA tersayang. =) Peaco no cry.. sehingga berjumpa lagi.
hILmI
[0925] Bergerak ke Eyup. Melawat Eyup Camii. Di situ terletaknya makam sahabat nabi Ayub Al-Ansari. Antara sahabat yang terwal menyahut hadith nabi. Di situ juga terdapat satu lagi kesan tapak kaki nabi Muhammad S.A.W. Kemudian pendakian 'bukit kubur' utk menuju ke Pierre Lotti untuk menikmati pemandangan Golden Horn dan bersarapan di atas puncak bukit bermula.

Terdapat dua bukit yang menjadi pintu masuk ke selat ini. Mengikut sejarah, kubur yang diletakkan di sini bertujuan menginsafkn pelayar dan pedagang yang lalu di selat ini. Supaya mereka mengingati mati. Subhanallah =')













pergi mendaki, balik cabel car

setelah menikmati sarapan paling mahal dalam dunia, perjalanan diteruskan menuju ke Miniartuk. Replika pelbagai tempat yang ada di seluruh Turkey dan beberapa tempat menarik seluruh dunia.

















[1400] Menunaikan solat di Yeni Camii sebelum menaiki boat ke Uskudar. Tempat yang menarik di Uskudar, Mayden tower.




Setelah solat magrib, berjalan hmpir 23 minit menuju ke tempat untuk dinner. Dinner malam ni special sikit sebab nak meraikan malam terakhir kami. Semua kawan-kawan dari Turkey menyertai makan malam kali ini. tempat seperti istana, membuatkan masing2 melihat dompet dahulu sebelum masuk. last2, bayar separuh harga sahaja. Special Offer sebab Valentine's Day.haih, pelik je.sebab kami semua laki.xpela.rezeki.xleh tolak. ;)


Selesai dinner, kami jalan lagi pulang ke Karakoy utk pencuci mulut yg sangat manis. Di sana, bertemu Dr Saldus kenalan di FIMA Camp dulu. Dr Saldus membawa pulang ke rumah menaiki kereta. Dalam perjalanan pulang, kami melalui Aqueduct of Vanvitelli (akhitnya dpt gak tengok). Sampai rumah, dengan ketiadaan mood, masing2 memulakan sesi mem'packing' barang utk pulang ke tanah mesir kembali. :(
hILmI
[Pagi]sekali lagi kami menuju ke Fatih Camii utk melawat Makam Sultan Mehmet Fatih.




[Tengah hari] menuju ke grand bazar untuk membeli buah tangan. Hari ni last sebab grand bazar tutup hari ahad. Pening kepala, Xreti shoppoing ;)

[Petang] Pulang ke Capa awal kerana malam ada sesi memukul gambar :0

[Malam] Keluar menuju ke Sultanahmet. Pemandangan yang sangat menakjubkan pada waktu malam.romantik.kn atan? ;)







[setelah puas, sebelum mati kesejukan] Bertolak pulang ke Capa. haih, rindu istanbul
hILmI
[1030] menuju ke Hagia sophia muzium. Pada awal pembinaannya, ia merupakan sebuah gereja kedua terbesar didunia. Setelah istanbul ditawan oleh Alfateh The Conqueror, Gereja ini di tukar menjadi masjid. Kemudian, ketika pemerintahan Atartuk, Masjid ini dijadikan sebagai muzium sehigga ke hari ini.










[1230] Kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Biru. Sangat la ramai orang. Duduk di 2nd Floor, Better view. Berjumpa dengan beberapa orang senior selepas solat. Dunia kecil sahaja. =)


[1400] Menuju ke Dolmabahce Sareyi. Istana Ke-3 yang menjadi tempat singgah sana sultan dan digunakan untuk pelbagai acara rasmi. Keunikan seni bina menarik pelancong ke sini. Ynag paling penting, entrance fee akn menjadi murah berkali ganda kalau ada student card. [harga asal L.E 20, setelah discount L.E 1. boleh guna tuk masuk 20 kali =)]








[1700] bergerak menuju ke Grand Bazar.

[2100] sampai di tempat penginapan. Bumi menjadi gelap. Pengsan =)